Pages

Tuesday 7 August 2018

Skin care rutine 2018

Salam semua,

lame tak tak menulis dalam blog ni. bersawang dah tahap tak boleh blah dah blog ni.
macam-macam benda berlaku sepanjang tahun ni. Sekarang ni quite free, so jom kita ber'blogging'

This time I would like to share about skin care regime yang the latest ya..check it out!

Skin care rutine;

1. Cleansing
I pakai cleanser dari Caudalie. Nama cleanser ni Fleur De Vigne Instant Foaming Cleanser. Cleanser ni best sebab die jenis mousse.
Very gentle pada skin dan takde tight effect. Rasa moist je after cleansing. Ingredient 99% natural dan juga soap-free.
I purchase dengan harga RM95 with 150ml.
Waktu petang nak cuci makeup semua saya akan pakai Garnier Micellar Water.Harga RM23 with 400ml.
Then untuk cleansing I akan mix  Fleur De Vigne Instant Foaming Cleanser dan Gentle Cleansing Milk. Untuk bersihkan your pores
dan kulit looks healty. Harga RM92 with 200ml.
Recomended for sensetive skin like me!
Gentle Cleansing Milk

Fleur De Vigne Instant Foaming Cleanser



2. Toner
Next is toning! I pakai dari brand yang sama dari Caudalie. Moisturizing Toning Lotion. Toner ni harga RM125 with 400ml. I rasa berbaloi la, mahu setahun usage.
Toner ni untuk purifying dan moisturizing. Toner penting untuk boosts keberkesanan keseluruhan skin care regime kita.
Moisturizing Toning Lotion


3. Serum
I choose serum from Innisfree,this brand from Korea. Green Tea Seed Serum. Serum ni quite popular and top 3 BEST product dalam range product ni.
Actually its first rank :) tapi memang its true, very popular dan No 1 Serum must try. Its for moisturizing dan main ingredient is Green Tea. I bought it at Busan, Korea.
Member pergi kirim 1 set yang ada 4 items which is Serum [80ml], Mask[20ml], moisturizer[20ml], sleeping pack[20ml]. Total RM160. Tapi Serum ni kalau kat Innisfree outlet di Malaysia RM103.50 for 80ml.
Green Tea Seed Serum


4. Essence
After Serum i will apply essence, Penah Pakai SKII essence sebab too pricey so tukar ke Tony Moly 2X FIRST ESSENCE. Ni pun brand Korea. Beli dekat outlet dekat Sunway Pyramid. Untuk 170ml harga RM160.30.
Function essence ni untuk double mencerahkan, double menghidratkan, dan double memelihara kulit semasa bertindak sebagai perfect booster untuk menggandakan kesan following skincare . 
Waktu malam I pakai Essence dari Innisfree dari ingrediant Orchid. Jeju orchid enriched cream oil. set dengan moisturizer yang saya beli tapi this product takde keluar dekat Malaysia rasanya. If im not mistaken.
Tony Moly 2X FIRST ESSENCE

5. Moisturizer
Untuk moisturizer i choose Innisfree Orchid Enriched Cream. Texture die too creamy but its suitable for my dry skin. Function untuk reduce wrinkles and visible pores, firm skin, improve skin
tone dan nourish skin. Pendek kata untuk anti-aging la.Ni saya beli dekat Korea juga. Kirim dengan kawan. untuk 80ml set with its essence[30ml] price about RM120. kalau dekat Malaysia takde packaging 80ml.
Maximum 50ml dengan price RM104.50.

Innisfree Orchid Enriched Cream dan Jeju orchid enriched cream oil


6. Eyes cream
Untuk eye cream i use Loreal Revitalif Eye Cream. Beli dekat Watson je. Harga beli masa sale RM40++, 30ml. L'Oréal Paris Revitalift Eye Cream adalah rawatan mata anti-aging for mature skin.
it contains pro-retinol A dan elastin to help reduce garis halus dan kedutan dan menegangkan kulit halus di sekeliling mata.

Loreal Revitalif Eye Cream


7. Sleeping Mask
Last regime untuk malam hari I akan tepek sleeping mask.Almost setiap hari I akan apply kecuali hari yang saya akan pakai mask sheet before sleep. I choose Innisfree Green Tea Sleeping mask untuk complete kan
rutin saya. Ni saya beli sekali set dengan Serum. So tak tahu exect price die. Tapi tengok dekat internet untuk 80ml proce RM62.
Innisfree Green Tea Sleeping mask

9. Masks
Untuk intence skincare rutin saya akan pakai mask seminggu 2 kali, saya kan rotate. SO far, mask yang saya pakai as per listing below;

a. Innisfree My Real Squeeze Mask 20ML [RM4.50/sheet]
Moisturizing essence yang banyak jenis untuk di pilih dan ikut pada kesesuaian kulit masing-masing.
I akan beli few pcs ikut mood untuk stock seminggu 2.

Innisfree My Real Squeeze Mask

b. Innisfree Black Green-Tea Mask 30ML [togather with Serum set]
wash off mask untuk firmer and clearer skin. ade cooling effect.

Innisfree Black Green-Tea Mask


c. The Body Shop Chinese Ginseng & Rice Clarifying Polishing Mask
Wash off mask untuk creamy exfoliating face mask, untuk mencerahkan dan meyegarkan kulit. 75ml untuk RM93.40.
The Body Shop Chinese Ginseng & Rice Clarifying Polishing Mask

d. Innisfree Capsule recipe pack (Volcanic cluster)
ni pun wash off mask untuk membersihkan jauh ke dalam pores dan jerawat akan kecut for the next day. Harga die RM 10 je untuk 10ml.
Boleh pakai banyak kali.
Innisfree Capsule recipe pack (Volcanic cluster)

10. Lips protector
I choose Vitamin E Moisture-Protect Lip Care SPF 15 from The Body Shop, price RM28.21, also Honey lip Balm yang price die dalam RM30++ tak silap. Both from The Body Shop.
Supaya bibir tak kering. tambahan kerja dalam aircond.
The Body Shop Vitamin E Moisture-Protect Lip Care SPF 15


11. Sun block
Untuk ini saya pakai BB cream yang ade function SPF 25 PA++. sekali dengan bedakla. saya pakai M Signature Real Complete BB cream dari Missha yang beli dekat
Korea juga. Price Rm50 untuk 20g.
Sometime saya pakai sun block from The body shop Skin defence Multi Protection Essence SPF 50, 40ml price RM118.40.
M Signature Real Complete BB cream


The body shop Skin defence Multi Protection Essence SPF 50


12. Acne Care
Kalau hujung-hujung bulan mesti perempuan ade time akan naik Ms J yang nakal. I pakai Aiken Green Tea Oil, 10ml dalam RM16.
Boleh didapati dekat Guardian or watson. Jerawat akan kecut dan tak jadi nak keluar. tapi make sure pakai masa baru rasa2 nak tumbuh.
kalau dah besar dah terlambat..hehehe

Aiken Green Tea Oil

Quite panjang skin care rutin saya. Dan saya memang particular dengan panjagaan kulit. Hope its will help or give you some ideas.
By right my skin care type T zone Normal to Oil dan V zone is Normal to Dry.
Im lillte bit have sensetive skin. dan semua product ni sesuai untuk skin I.

Wednesday 4 January 2017

The Body Shop Tea Tree Oil

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 

Hai reader..

Happy New Year 2017 semua. Semoga azam korang tahun lepas 95% achieved. Mine memang 100% tak achieved L. All my targets for last year unable to fulfill. >_<


Hari ni nak review pasal The Body Shop Tea Tree Oil. Antara product best saller dari The body Shop. Seperti yang korang tahu Tea Tree Oil sinonim dengan orang yang jenis blemished skin. The Body Shop Tea Tree Oil memang mujarab untuk kecutkan jerawat especially yang tumbuh pada hujung bulan. Hehehe.. biasalah girls, hujung bulan ade je jerawat singgah kan? Tapi seriously The Body Shop Tea Tree Oil memang miracle untuk kecutkan jerawat. Saya try apply pada jerawat yang nak tumbuh. My experience, after 2,3 days jerawat will totally disappear dan tak kan berani tumbuh lagi. Cepat dan no scar left at all. 

The Body Shop Tea Tree Oil ni memang tak buatkan kulit korang dry dan ianya memang cepat meresap. Sesuai dipakai pada waktu pagi dan malam, tapi saya biasa pakai malam je before tidur. Memang worth it untuk korang yang ade jerawat singgah ni. The Body Shop Tea Tree Oil datang dalam dua size, 10ml, RM42 dan 20ml[Jumbo size], RM69 . Saya beli yang 10ml je. Tahan lah 6bulan untuk jerawat singgah ni. J  This is the only product that I used from range of tea tree. So, I hope this review will help a lot to buy best product.  

The Body Shop Tea Tree Oil, 10 ml, RM42

Cap die interesting, if tuang kat tangan, takkan tumpah dan membazir. concept cap die boleh control flow oil tu keluar. Love it!

XoXo,

Hanis

Monday 12 December 2016

THE BODY SHOP DROPS OF YOUTH™ YOUTH BOUNCY SLEEPING MASK

Salam reader semua..

Salam maulidur Rasul. Marilah sama-sama kite berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad swt. 

Ok, hari ni saya akan review satu lagi product dari The Body Shop. Product yang saya nak review ni adalah krim malam sekali dengan mask. The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask. Packaging The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask sangat stunning. agak berat sebab pakai glass. 

Krim ni boleh ditinggalkan overnight even die sekali dengan mask. The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask mengandungi sel-sel stem dari Edelweiss dan boleh menganjalkan kulit bila bangun pagi tu. 

Experience saya pakai The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask dah lebih sebulan memang best sangat. The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask sesuai untuk semua jenis kulit tak kira la oily. kalau jenis kering tu memang bangun pagi kulit feel moist je. Macam saya kulit jenis combination, memang the best night cream ever yang saya pernah try. 

The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask, 90ml dengan harga RM179. Walaupun sedikit pricey, tapi memang worth it la. scar pimple cepat fade out dan kulit nampak tegang dan anjal. awet muda gituw..hehehe

saya pakai The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask ni hari-hari tau. Step saya pakai macam ni;

1) Cuci muka dengan The Body Shop; Drop of Light Pure Clarifying Face Wash, RM99, 125ml.

2) Pakai toner The Body Shop; Drop of Light Pure Translucency Essence Lotion, RM125. 160ml

3) Terus apply The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask.

4) Then terus tido sampai esok pagi. pastu korang akan nampak keajaiban nanti. serius best!! korang should try :)


The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask siap bagi spoon senang nak cedok krim hehehe
The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask & Matte Lip Liquid 014 Sydney Amaryllis & Japanese Cherry Blossom Body Lotion & Fragrance 
Masa beli night cream ni sekali la terbeli Matte Lip Liquid color 014 Sydney Amaryllis, Harga RM39 dan ada 7 color yang cantik-cantik untuk pilihan. Memang best sangat lip liquid ni. color matte dan tahan lama. color die pun cantik dan tak membuatkan bibir kering. paling best sebab long lasting dan kalau minum air, color tak lekat kat cawan..hehehe

Ok, itu saja review saya untuk product The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask dan Matte Lip Liquid color. Super awesome! Hope my review can help uolss to buy best product.

XoXo,
Hanis 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...