Pages

Saturday 3 August 2013

Bio-Essence Tanaka white double whitening


Salam blogger..

Wah, lagi few days je nak raya kan?? Semua mesti excited. Termasuk la saye..tapi sedey pulak nak meninggalkan bulan ramadhan yang mulia ni. How ever...hari ni saya nak story pasal Bio-Essence Tanaka white double whitening . Previously saya pernah tulis entry pasal review Bio-essence tanaka white . So saya dapat banyak feed back dari blog reader pasal product ni. Ada yang text saya tanya pasal product ni direct..wah tak sangka entry saya tulis bodoh-bodoh, dapat banyak reader. Rasa bangga sekejap.

So, saya decide nak cerita lagi pasal Bio-Essence Tanaka white tapi version upgrade sikit. Mesti ramai yang dah tahu..im sure la..tanaka white dah upgrade ingredient die. Dari Bio-Essence Tanaka white to Bio-Essence Tanaka white double whitening. So..kesan whitening die double lah kan? Hurmm..

Nak review jap Bio-Essence Tanaka white double whitening  ni. Selain dari packaging dia different which is lagi exclusive,  side effect pun berbeza. Its better than 1st edition. Tapi price die pun  more expensive. Hurm...so..as usual, my advise nak beli Bio-Essence Tanaka white double whitening kene bijak, beli yang set punya. Set yang saya pernah nampak so far jual kat kedai (watson, guardian, jusco@eon, dan kebanyakan farmasi) ade 2je. 1 set harga RM135++ include facial foam,day cream dan serum. Another 1set tu pulak dalam RM39++ include facial foam dan toner. Kalau korang beli single product agak mahal lah. Tak silap untuk 4x flawless white serum price dalam RM80~RM90, facial foam dia dalam RM20++, toner pulak RM30++, day cream and night cream about RM60++ each.. Saya tak ingat exactly price la . So i just assume jer.

Pakai Bio-Essence Tanaka white double whitening memang double effect la.memang tak mengecewakan betul. Kulit lagi moist dan flawless kalau pakai serum dan day cream, tak payah pakai Foundation or BB cream or CC cream. Day cream ni function mcm foundation. Memang best!!

Cara penjagaan muka dengan Bio-Essence Tanaka white double whitening  ni sama je macam yang lama. Mulakan dengan cuci muka dengan facial foam, pastu sapukan toner kat muka (kadang-kadang pakai cotton, kadang-kadang pakai tangan je). Lepas tu, apply serum die, sikit jer.setitik dah cukup untuk satu muka. Sebab mahal, so kene jimat..hehehe... Then apply day cream yang macam foundation tu..lepastu barula pakai bedak dan lain-lain.
Kalau malam pulak lepas cuci muka, pakai toner dan apply night cream dan terus tidur. 
Picture atas tu dari kir BB cream loreal [tak berkenaan dengan entry,tp best pki BB cream die], spot cream untuk hilangkan parut, 4x flawless serum, toner, day cream dan night cream. Tp night cream tu saya pakai yang package lama. Picture bawah tu cleansing foam.

Korang akan dapat kulit yang flawless, putih, licin dan lembut la...hehehe..hope review saya ni berguna...

XOXO

Love,
Hanis

Monday 15 July 2013

Oh My Gucci [OMG]

Salam Ramadhan kepada semua umat muslimin dan muslimat dimuka bumi Allah swt ni...

Hari Isnin yang blues ni saya nak cerita macam mane saya dapat mengecek handbag Gucci dari nenek ku :)

Al kisahnyer…semalam aku berbuka dekat kampung nenek aku kat Simpang Durian, Negeri Sembilan. Saje nak berbuka dengan nenek ku..ibu ajak balik kampung..after Isya’ prayer, aku dengan ringan mulut tanye la kat nenek aku. “Handbag Gucci yang nenek punye tu mane?” yela..normally aku nampak je handbag tu bergantung kat kepala katil die tanpa disentuh-sentuh..sakit je mata aku memandang. Nenek pun jawab “ade, nenek simpan. Nape? Ko nak ke?” OMG!!!! Soalan itu yang aku tunggu-tunggu selama ini..Sape tak nak kot handbag Gucci Authentic price RM XXXX.XX ….hahahaha
Aku pun dengan malu-malu jawabla “Mestila nak. Bole ke?” nenek aku tanpe belas kasian reply “nenek jual kat ko RM XXXX.XX [50% discount of brand new price die] “ aku dengan confident nyer balas “ tak yah la nek, 1 month salary orang kot” im not enough rich to beli handbag yang price menakotkan itu..then nenek aku agaknye tengok muke kesian aku pasrah lalu bercakap “xpela, amik je la..tapi jangan tunjuk kat pakcik ko, nanti die marah pulak nenek bagi kat orang” for your info, handbag tu pakcik aku belikan untuk nenek aku sebagai present. Tapi nenek aku macam tak pakai pulak. Hehehe. So dengan gembiranya aku pun merenbatlah handbag Gucci beliau. OMG..OMG…its Gucci…Rezeki bulan ramadhan. Hehehehe..
Nenek aku siap pesan..raya nanti duit raya lebih sikit untuk die…baiklah nenek…ape saje untuk mu…
Im happy until can't smile….hahahaha

Pape pun layan je la picture hangbag Gucci ni..Design agak oldies, tapi aku memang suka barang2 oldies ni..hangbag Burberry aku dulu pun design oldies.. I Love it damn much!!

My 1st Gucci...love it!!!

made in Italy..hohoho

made in italy as well

simple je dalam die..ade 1 compartment untuk isi 2 biji handphone. 

Pape pun diri ini sangat teruja..yuhhu!!!!!
 
XOXO

Love,
Hanis

Tuesday 21 May 2013

BB Plus Collagen

Salam semua my beautiful reader...

Malam ni rase nak feeling-feeling story pasal kecantikan..jom kita start dengan BB Plus Collagen. Korang pernah dengar tak pasal BB Plus Collagen ni? sure penah kan? actually BB Plus Collagen banyak brand..tapi malam ni saya nak cerita pasal the best BB Plus Collagen I have tried..


BB Plus Collagen yang saya maksudkan tu adelah BB Plus Collagen dari Hai-O. Sebab apa saya memang suka sangat BB Plus Collagen ni..sebab bukan cantik diluar jer..cantik didalam juga..tu yang penting..hehehe

Jom check out apa itu BB Plus Collagen..study la sikit sebelum kita nak cuba kan..tak kan simply consume jer.. BB Plus Collagen ni kira basic untuk protect kulit, tulang, rawan dan connective tissues dalam badan kita. BB Plus Collagen membantu dalam pertumbuhan semula kulit dan untuk mengekalkan kelembutan kulit. Dalam rawan sendi, ia berfungsi sebagai cushion to reduce the burden kepada sistem struktur, terutama bahagian pinggang, sendi dan lutut.

Macam mana BB Plus Collagen work??

Repair - Menggalakkan pembersihan mikro, mengisi semula kolagen peptida kepada kerosakan   atau rangkaian kolagen lemah
Rebuild - Menguatkan dan melindungi rangkaian kolagen melalui
antioxidant 
Renew - Menggalakkan pertumbuhan dan pengeluaran sel-sel kolagen baru


Apa kebaikan BB Plus Collagen ni?
saya nak cerita 7 beauty effects dengan BB Plus Collagen ni..

1. Radiant & Brighter complexion [Kulit berseri & bersinar gitu]
2. Improves skin firmness and elasticity [kulit semakin firm & anjal]
3. Promotes smoothness and suppleness [kulit lebih licin & lembut]
4. Improves moisture content of skin [melembabkan kulit]
5. Reduces visibility of fine lines and wrinkles [boleh reduce kedutan & garis-garis halus, awet muda gitu]
6. Promotes healing & repair [repair & heal kulit yang problem]
7. Reduces effect from sun damage [protect kulit dari cahaya matahari yang terik..kira sunblock la]

Ni baru cerita pasal effect luaran kalau consume BB Plus Collagen..dalaman tak cerita lagi...
Jom tengok kebaikan dalaman dengan BB Plus Collagen;

1. mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
2 .melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif
3 .menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
4. menampung air dalam tubuh.
5. meningkatkan penyerapan kalsium.
6. menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
7. meningkatkan isyarat induksi
8. menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

Sepanjang consume BB Plus Collagen ni memang banyak perubahan keatas kulit ku terutamanya,,sangat glowing gitu, kulit lembut jer..seriously..selain saya consume bioessence 
untuk luaran, saya juga amalkan BB Plus Collagen untuk luar+dalam protection..hehehe

Glowing tak my skin? hasil consume BB Plus Collagen..saya dan baby Akis...

Rasa BB Plus Collagen ni pun agak sedap..ala-ala rebina..jom ramai-ramai glowing kan kulit kite.memang sesuai sangat terutama mereka yang ade problem kulit tu..hehehe



rasa & color BB Plus Collagen ni macam rebina..best..

How about BB Plus Collagen price?
Takdela mahal sangat pun..memang worth it la beli dengan advantages yang saya dah share tadi.

Harga BB Plus Collagen : RM180/box
1 box = 20 sachets

Cara minum: Campurkan 1 sachet ke dalam air (NO HOT WATER!). Kacau atau shake it dan sedia di minum.
Dishorkan  minum sebelum makan atau sebelum tidur. sehari consume 1 sachet sahaja.

Nak order BB Plus Collagen ni boleh contact saya...Rasainya sendiri...mesti ade perubahan..hehehe


Saturday 6 April 2013

Port of Nagoya Public Aquarium

Salam dearest...
How your weekend?? mine was bored...just eat and sleep at home..
Hari ni I will upload my picture di Port of Nagoya Public Aquarium, Japan. last entry I ada post pasal nagoya castle japan . This time my next destination for Japan Trip is Port of Nagoya Public Aquarium!!! dah nama pun aquarium, mestila dipenuhi dengan hidupan laut sahaja..hidupan dua alam pun can include :)

Kalau korang nak tahu pasal 'Port of Nagoya Public Aquarium' korang boleh click link ni japan-guide sebab kat situ dorang bagi subway map nak ke sana. kalau korang faham boleh lah click here untuk more info. Actually senang je, turun kat station Nagoya port kuar dari station tu terus jumpe 'Port of Nagoya Public Aquarium'. Memang korang tak kan sesatla..I jamin 100%.

Nak cerita pasal 'Port of Nagoya Public Aquarium', ia sangat HUGE!!!!! very very HUGE...tapi rasa best sebab dapat visit disetiap inch tempat tu. ticket price 2000yen. memang worth it la. Actually ada combo package gak untuk masuk 'Port of Nagoya Public Aquarium' ni. First, u just can buy ticket for Aquarium entrance 2000yen. Second choice, if you interested dengan muzium kapal..you can add 700yen, untuk masuk both places. So, total harga tiket 2700yen. Tapi aku pilih masuk Aquarium jer..sebab lepas ni ade tempat lebih penting nak pergi..tak boleh spend masa lama sangat kat sini...tapi seriously, 'Port of Nagoya Public Aquarium' memang awesome!!!

Jom layan picture saya di 'Port of Nagoya Public Aquarium'. Banyak picturezz, yang ni selected picturez sahaja. Layanz yer..
Keluar jer subway terus nampak ni..memang susah nak sesat kan??
POYO...nak juga tu..apela nasib amik picture sendiri.huhuhu
Tempat nak beli souvenir kat sini...kilang udang...hahaha
Im melting with this ice cream shop. Tak berani singgah takot dia serve benda bukan-bukan.
Full view of 'Port of Nagoya Public Aquarium' huge right??
Muzium kapal i mentioned you earlier
Wajibla bergambar dengan Port of Nagoya Public Aquarium
Look at that!!Ferris wheel yang sangat besar..
Sebab tak masuk..so wajib ada picture dengan muzium kapal
Finally...I kat entrance Port of Nagoya Public Aquarium. cant wait!!!!lets go
Ticket price..Only 2000yen/pax. you can used it for whole day.
Inside Port of Nagoya Public Aquarium nampak tak dolphin 2 ekor tu??
cover with water...kanan kiri atas bawah
Nice shoot by me..Japanese couple.
Penguin show time!! First time see it in real.
Snowing...wink..wink..
Serius kagum dengan Dolphin performance...very genius!!!
Yeay...saya dalam TV Japan...korang mampu????
Dolphin show area!!
Take 5 lepas penat tawaf setengah Port of Nagoya Public Aquarium
Nemo stuck here...save them!!
can I take u home for sambal?? nyummy
Penguin in action
Baru tahu..banyak sangat type obor-obor yang cantik-cantik..kagum dengan ciptaan Allah SWT
Giant one...
shell penyu pun jadila kan...
Before balik..take picture kat entrance Port of Nagoya Public Aquarium
left right left right...mane ek?? tak tahu jalan balik pulak
SEE you soon Port of Nagoya Public Aquarium.

Next destination kemane kite???jom ke Aso kanno..Its shopping time!!

 Next destination is Aso Kanno...shopping time!!! wait ya..

X.O.X.O

love,
Hanis


Sunday 24 March 2013

Nagoya Castle, Japan

Morning..

wah..rajin pulak saya menulis blog pagi-pagi ahad ni..bukan apa..banyak cerita nak share dengan korang semua..Last time I went to Japan picture tak habis share lagi..Almost 4months kot, tapi still tak expired hokey experience itu..

Ok..during my trip to Nagoya, Japan..Saya ada 1 free day untuk berjimba-jimba. unfortunately Im going alone!!!! tak kan nak ajak bosses Japan aku 2 orang tu...takdela kan...Me lebih rela jalan sorang..actually this is my 1st experience travel alone kat negara orang yang susah untuk communicate..yela..i dont know Nihongo..kalau setakat 'Sumimasen' 'Arigato' 'O gengki desu ka' 'aishiteru' aku tahu la..sebab aku penah amik class Japan sampai level 1 jer..pastu tak sanggup nak continue,,

Lets continue my journey..Before go to Japan..I researched few location that I might visit there. First destination is Nagoya castle. Saya malas nak story pasal sejarah Nogoya Castle ni..Tapi korang boleh baca disini Nagoya Castle itu pun kalau korang ada sifat curious nak tahu apa itu Nagoya Castle. Memang besar la Nagoya Castle ni..Aku tak habis tawaf semua tempat pun..Price masuk ke Nagoya Castle ni 600yen per entry. Sila layan picturez me yang melambak-lambak ni..harap enjoy!!


Subway map dan 1 day ticket pass sangat penting kalau nak travel..make sure English  language ok...hehehe
Tunggu train nak ke Nagoya Castle..sunyi jer...al maklum la..se awal pagi aku dah gerak...keluar pagi balik malam..hahaha
Sebab  ketika ini winter..so..pokok pun togel jer
Nagoya Castle ni dari subway tu around 400m jugakla..nasib cuaca sangatla sejuk..kalau tak basah gak la ketiak
Yeay..finally i reach here..Nagoya Castle
Nagoya Castle Map..besar sangat...satu hari kene spend time kat sini..aku kat sini tak sampai half day pun.

Ticket masuk Nagoya Castle 600yen sahaja

Kakak si penjaga istana..

Harusla bergambar depan pintu masuk hokey

Again me dengan ticket..sian akak penjaga istana jadi mangsa aku..hahaha

Masuk je nampak Maskot comel ni..Ninja cute....
Ini la Nagoya Castle yang Saya maksudkan..Cantik

Harusla bergambar dengan Nogoya Castle

I like this picture most..view die sangat cantek okey..tapi couple belakang tu mencacatkan picture ini

Nampak abang-abang handsome ni..sporting bangat...

Nagoya Castle Tower foundation stones..
Picture ni taken by foreigner dari Italy..finally I can speak English comfortably..hahaha..sempatla bersembang since he also alone 

Trademark Nagoya castle..ikan emas..

ini exhibition pasal kewujudan Nagoya castle ni..cena ia dibina semula

Jom masuk...aku asa lebih 10 tingkat kot..dalam ni more to muzium la..dia pamirkan barang sejarah dorang..also u can watch this castle history in 3D tau...dont worry, they have English Sub

summary about Nagoya castle...

Lake..nampak tak swan tu? beautiful...

Beautiful Japanese girls with her Kimono...

okey...habis journey di Nagoya Castle..
 Fuh...memang bestla...after this lets move to next destination...'Aquarium Nagoya port' seriously memang sangat besar..sangat best..sangat teruja...i will story on my next entry k...wait ya...

XOXO

Love,
Hanis 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...