Pages

Saturday, 17 December 2016

ICHIKOH Annual Dinner 2016

Salam Reader..

Selamat berhujung minggu dengan family semua. Hari ni saya tak nak tulis pasal review product yang biasa saya tulis. Next entry ye. Hari ni nak share picture Annual Dinner company saya yang ke 25th yang di buat di Hotel Bangi-Putrajaya pada 9/Dec/2016. Since 2010, tahun ni tahun ke 6 saya join company dinner ni. Tahun ni theme 'Traditional Night' tapi saya pakai seluar dan blouse..Ade sebabnya..hehehe.

Unfortunately, tahun ni tahun paling worst dinner yang penah saya join. Nak tau sebab ape? Sebab kene buat performance dance kat stage. Gile tak gile. tak pernah dibuat aku seumur hidup ni kene dance depan khalayak ramai. serius fobia and trauma. Hahahaha.

Ni sebab kene paksa dengan PE members la ni. kene pujuk rayu dengan Rizal and Ijam. Cit.. Dahla satu-satunya bunga dalam group tu. Semua kitorang ber-6. Rizal, Ijam, Fauzi, Izdi, Lokman dan saya. Can you imagine. I can't 0_0 . Tapi benda dah terjadi nak buat macam mane. Malu setahun weh..kene bahan je kat kilang hahahaha. Tapi quite fun la. 1st and might be the last time. Sebelum perform tu setiap malam tak lena tidur, siap termimpi-mimpi. Makan pun xselera, masa malam dinner tu pun tak lalu nak makan sangat. Serius perasaan tu sangat tak best!!

Kiteorg perform lagu Hindustan 'Chammak Challo' mix dengan 'pesta muda mudi' . Muzik dan step semua dorang yang pikir. Saya tak bole berpikir. bergambar pun tak banyak masa dinner tu sebab cuak dan malu punye pasal. Tapi at last menang 1st prize dapat la RM500 dan ramai orang puji performance kite orang sangat menghiburkan. Memang dapat big applause dari audience la especially masa saya keluar dari back stage. Perasan :P Mungkin dorang tak sangka saya dance. Saya pun tak sangka gak. Tapi taubat tak nak buat lagi T_T

Ok la just enjoy picturez Annual dinner company saya.

Masa nak register, dapat angpow voucer Tesco RM80 :)

Yeay..dapat lucky draw..nombor 1st kot kene sebut. tak kisahlah.. janji dapat dari Rizal & Ijam tak dapat. Mmg curse dorang tu

Cuba cari Meja saya? Nampak tak saya?

Selfie sikit. Makeup sendiri. Tak mampu nak upah MUA. Bersiap rumah kak dayah.


Snap picture pinggan kosong. Tak selera nak makan weh!!

Hahahaha..Selfie untuk legakan hati.. cover full face tapi still orang perasan itu saya.

Dance team kat back stage

Phone bergegar sebab cuaks. Few mins before our performance.  

Semua excited. Dalam hati dup dap dup dap

With abang Mizi dan Abang Wan

My MD, Iseki-san. impress die speech in Bahasa even baca teks. tapi paham la.

Menang No 1 weh...kikiki

Photobooth - With Sis Daya

Photobooth - With Naz-boy

Photobooth - With En Rizal 
Photobooth - with Mental Boyz



Photobooth - with Mental Boyz

Photobooth - with Mental Boyz

Performance aku, 1st phase tak masuk lagi..tak nak upload. maluuuuu!! >_<

Table-mate. Cantik Naoko pakai Kimono.

Tu je nak share.

XoXo,
Hanis.














Monday, 12 December 2016

THE BODY SHOP DROPS OF YOUTH™ YOUTH BOUNCY SLEEPING MASK

Salam reader semua..

Salam maulidur Rasul. Marilah sama-sama kite berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad swt. 

Ok, hari ni saya akan review satu lagi product dari The Body Shop. Product yang saya nak review ni adalah krim malam sekali dengan mask. The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask. Packaging The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask sangat stunning. agak berat sebab pakai glass. 

Krim ni boleh ditinggalkan overnight even die sekali dengan mask. The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask mengandungi sel-sel stem dari Edelweiss dan boleh menganjalkan kulit bila bangun pagi tu. 

Experience saya pakai The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask dah lebih sebulan memang best sangat. The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask sesuai untuk semua jenis kulit tak kira la oily. kalau jenis kering tu memang bangun pagi kulit feel moist je. Macam saya kulit jenis combination, memang the best night cream ever yang saya pernah try. 

The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask, 90ml dengan harga RM179. Walaupun sedikit pricey, tapi memang worth it la. scar pimple cepat fade out dan kulit nampak tegang dan anjal. awet muda gituw..hehehe

saya pakai The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask ni hari-hari tau. Step saya pakai macam ni;

1) Cuci muka dengan The Body Shop; Drop of Light Pure Clarifying Face Wash, RM99, 125ml.

2) Pakai toner The Body Shop; Drop of Light Pure Translucency Essence Lotion, RM125. 160ml

3) Terus apply The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask.

4) Then terus tido sampai esok pagi. pastu korang akan nampak keajaiban nanti. serius best!! korang should try :)


The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask siap bagi spoon senang nak cedok krim hehehe
The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask & Matte Lip Liquid 014 Sydney Amaryllis & Japanese Cherry Blossom Body Lotion & Fragrance 
Masa beli night cream ni sekali la terbeli Matte Lip Liquid color 014 Sydney Amaryllis, Harga RM39 dan ada 7 color yang cantik-cantik untuk pilihan. Memang best sangat lip liquid ni. color matte dan tahan lama. color die pun cantik dan tak membuatkan bibir kering. paling best sebab long lasting dan kalau minum air, color tak lekat kat cawan..hehehe

Ok, itu saja review saya untuk product The Body Shop Drops Of Youth™ Youth Bouncy Sleeping Mask dan Matte Lip Liquid color. Super awesome! Hope my review can help uolss to buy best product.

XoXo,
Hanis 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...