Pages

Showing posts with label HAPPY. Show all posts
Showing posts with label HAPPY. Show all posts

Friday, 18 November 2016

The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter Review

Salam sejahtera girls,

Hari ni nak story pasal product yang kita panggil The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter ofcourse la dari The Body Shop. Actually product ni adalah untuk remove makeup korang. Saya dah pakai lebih 4 bulan. dan nak start tin ke 2. harga The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter ni RM75, 90g. Ok la kan tahan more than 4 months? Packaging sangat menarik, dalam tin tub dan stunning. Sesuai untuk traveler sekalian. 

Saya rasa this is the best makeup remover yang pernah saya ada dan semestinya 100% vegan product. The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter adalah makeup remover untuk semua muka, maksudnya boleh remove makeup pada mata, muka dan bibir. it very gently dan akan melting bila sapu dekat muka. hanya pakai sedikit sahaja untuk seluruh muka. Dan tidak juga over drying kan kulit kita. Dan suit untuk waterproof makeup!

Saya jenis pakai daily makeup wajib ada foundation, eyeliner, mascara dan lipstick. kadang-kadang pakai eye-shadow. So, dengan small amount of The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter boleh remove all my makeup cleanly. Memang berpuas hati sangat. The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter sangat sesuai pada mereka yang kulit sensetive dan pemakai contact lens. 

Saya jadikan The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter as per my cleansing untuk cuci muka masa zohor dan asar, sebab The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter boleh cuci sebanyak mana pun kita nak dalam sehari tanpa mengeringkan muka. I love it demm much. Cara pakai adalah dengan muka yang kering [masih dalam makeup] dan tangan yang kering cuit sedikit The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter sapu pada muka,mata dan bibir. then, basahkan tangan sikit sapu lagi sampai make up habis remove. Dan basuh muka pakai air bersih macam biasa. Done!

The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter

Tengok! dah nak habis. Ready for next tin
Dan saya ade beli The Body Shop Camomile Gentle Eye Make Up Remover. Price RM55, 250ml. Tapi saya tak pernah pakai lagi sebab saya rasa The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter dah cover remove all my make up. Rasa nak let go je. sape nak? saya jual murah je. packaging die pon tak pernah buka. memang brand new.

The Body Shop Camomile Gentle Eye Make Up Remover

Ok..itu je review saya tentang product dari The body shop specialist untuk makeup remover.
Hope review ni berguna untuk korang.

XoXo,

Hanis

The Body Shop; Drop of Light Review

Assalamualaikum reader..

Hari ni saya nak review pasal satu product yang agak popular  which is The Body Shop; Drop of Light. Actually range The Body Shop; Drop of Light ni agak baru dan tak banyak review yang saya jumpa kalau di google. Saya dah cuba The Body Shop; Drop of Light ni dalam 3 bulan dan hasilnya sangat memuaskan dan sesuai dengan skin saya. Nanti saya explain kenapa saya start tukar product dari Bio-essence to The Body Shop; Drop of Light.

Firstly, biar saya explain apa itu The Body Shop; Drop of Light? OK! The Body Shop; Drop of Light ni kaya dengan vitamin C, mineral dan nutrien@zat. Bahan utama untuk The Body Shop; Drop of Light adalah Red Algae yang dipercayai telah berkembang di Bracing Oceans berjuta-juta tahun dahulu. So The Body Shop Create skin care pakai extract ni untuk kulit yang sihat dan bersinar. Chewah...ayat kau..hehehe..and The Body Shop; Drop of Light sangat sesuai untuk sape-sape yang ada sensitive skin.

Sebab utama saya tukar skin care adalah kerana skin saya tiba-tiba skin breakout. Actually bukan tiba-tiba. Sebab bijak sangat snorkeling dekat Langkawi tak pakai sunblock. That why sunblock sangat penting weh!!! walau keluar depan rumah sidai baju. Cuaca sekarang sangatlah panas. Insaf sekejap. Snorkeling tak tahan sampai 5jam xreti naik-naik T_T Thats why kulit saya breakout teruk. mula-mula dehydrate. lepas tu pimple pun mula keluar dan meninggalkan scar. stress haku. then saya terdetik nak try The Body Shop; Drop of Light. walau mahal sikit. Sebab nak hilangkan parut jerawat ni. tapi memang worth it! Scar fade away....

The Body Shop; Drop of Light saya pakai 4 product die. actually ade 5, tapi sun block saya tak amik sebab existing dah ada. habiskan dulu, jangan membazir. Sun Block saya pakai dari Dr Rimpler, Germany Brand. Sun block kite cerita nanti. sekarang nak cerita pasal The Body Shop; Drop of Light.

1st Step : The Body Shop; Drop of Light Pure Clarifying Face Wash, Harga RM99, 125ml. memang agak mahal untuk facial foam. Tapi percaya lah tak payah pakai banyak, sikit je picit dalam 5mm..hehehe siap math calculation. 3 Bulan dah saya pakai 1/2 botol pun tak habis lagi. saya rasa boleh tahan lebih 6bulan. woth it kan? RM16.50 untuk sebulan. The Body Shop; Drop of Light Pure Clarifying Face Wash ni memang tak buat kulit kita kering walau lambat sikit nk pakai toner. serious skin still plumping lepas mandi dan rasa fresh je. lepas tu skin nampak bright je.
Tips saya cuci muke 2 kali sehari je. Jangan Lebih!

The Body Shop; Drop of Light Pure Clarifying Face Wash
2nd Step : The Body Shop; Drop of Light Pure Translucency Essence Lotion atau bagi saya toner je. Price RM125. 160ml. Boleh pakai dengan kapas macam toner atau letak dekat tangan dan dap dap je kat muka. tak payang banyak. 2 titik pon dah cukup. muka memang rasa sangat lembab macam dah pakai moisturizer. Purpose The Body Shop; Drop of Light Pure Translucency Essence Lotion adalah untuk mempercepatkan lagi process penyerapan cream apa yang kita akan pakai next! Masa mula-mula pakai 1,2 hari skin breakouts sikit. tapi sekejap je. temporary. jangan risau. after that sure you all tak menyesal. Memang best!
Tips, masa dap tu tampar-tampar lembut whole face sebab saya buat research ia bagus untuk pengaliran darah kat muka. So, skin care kite lagi effective la.

The Body Shop; Drop of Light Pure Translucency Essence Lotion

3rd Step : The Body Shop; Drop of Light Brightening Serum. serum ni sangat light texture nya..memang senang meresap macam air je even lebih ringan dari air. Memang untuk buat skin kita look brighter dan healthier selepas consume 4 Weeks. Ofcourse depends pada skin seseorang. Tak banyak pon pakai. Just 2 drop kat tangan then dap kat whole face. Cukup! Quite pricy but untuk hasil yang memuaskan why not kan girls :p RM179, 30ml.

The Body Shop; Drop of Light Brightening Serum
4th step : The Body Shop; Drop of Light Pure Healthy Brightening Day Cream. Ni last step untuk skin care rutin saya. Ni pakai day time sahaje ye.malam is not suitable. Basiccaly The Body Shop; Drop of Light Pure Healthy Brightening Day Cream untuk melembabkan kulit kita 24jam. OK, 24jam! Sampai ke malam bole cover. Dan ia juga untuk buat skin plumper and smooth. Untuk whole face cuit sikit je. Memang mencukupi. Price RM149, 50ml. Texture die soft and creamy.

The Body Shop; Drop of Light Pure Healthy Brightening Day Cream
Ini la step skin care rutin saya dengan The Body Shop; Drop of Light. So far consume untuk 3 months result dia quite memuaskan hati. Sebab bekas jerawat dulu-dulu dah semakin pudar. actually saya ade pakai product body shop yang lain macam makeup remover, scrub, mask dan banyak lagi la, next post i will share with you all ok! Sebab saya dah gila dengan product The Body Shop ni. Sebab The body Shop ni 100% vegan product.

Last skali saya akan summary step day and night skin care rutin using this The Body Shop; Drop of Light. Step saya ada skip sikit. So, depends on korang la nak follow or not sebab tips ni pon consultant The Body Shop yang advise.

Morning after wakeup, ZzzZ
1) The Body Shop; Drop of Light Pure Clarifying Face Wash
2) The Body Shop; Drop of Light Pure Translucency Essence Lotion
3) The Body Shop; Drop of Light Brightening Serum
4) Nano white eye brightener
5) terus makeup

Tengah hari@ zohor&asar
1) The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter
2) The Body Shop; Drop of Light Pure Healthy Brightening Day Cream
3) terus makeup

Malam nak tidur
1) The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter
2) The Body Shop; Drop of Light Pure Clarifying Face Wash
3) The Body Shop; Drop of Light Pure Translucency Essence Lotion
4) Nano white eye brightener
4) The Body Shop; Drop of Youth, Youth Bouncy Sleeping mask

That is from me..berjela-jela tips. Hope berguna untuk korang. See you all when i post next entry..hehehe

XOXO,

Hanis



Thursday, 17 November 2016

Visit to Singapore 2016

Assalamualaikum reader!!!

Ya Allah, rasanya dah almost 2tahun tak update blog. Sebab commitment kerja yang tak mengizinkan saya ber'blog'.
Okey..entry kali ni saya nak share pasal trip saya dan family ke kota singa atau Singapura.
saya takkan share pasal cost saya visit sana sebab expenses agak mahal. maybe korang boleh survey la dekat blog2 lain if nak budget. just nak korang enjoy picture berjimba weolsss :p


Welcome to Singapore
masa jungle hunter naik jeep lama..kakaka..wif my sis



wajib weh mirror selfie. kat toilet USS

Revenge Of The Mummy

Gambar Wajib dekat Globe USS
Cable Car Eggs

TIGA serangkai

kau ingat kau hot amik picture dari belakang?

OMG persis model

This is we called as Merlion a.k.a Mermaid + Lion

This is Singapore City

Bugis street..tempat ber shopping sakan

Bugis Street!! All in Dollar 

Out side Bugis street 

This is what i bought for my self
Swimming Pool kat apartment :)

Giant Chess 

Welfie Dulu, rayban 

OOTD

View from my room

This is happiness 

my little cute pie

We are heading back!

That is from me..

Love,
XOXO

Saturday, 3 August 2013

Bio-Essence Tanaka white double whitening


Salam blogger..

Wah, lagi few days je nak raya kan?? Semua mesti excited. Termasuk la saye..tapi sedey pulak nak meninggalkan bulan ramadhan yang mulia ni. How ever...hari ni saya nak story pasal Bio-Essence Tanaka white double whitening . Previously saya pernah tulis entry pasal review Bio-essence tanaka white . So saya dapat banyak feed back dari blog reader pasal product ni. Ada yang text saya tanya pasal product ni direct..wah tak sangka entry saya tulis bodoh-bodoh, dapat banyak reader. Rasa bangga sekejap.

So, saya decide nak cerita lagi pasal Bio-Essence Tanaka white tapi version upgrade sikit. Mesti ramai yang dah tahu..im sure la..tanaka white dah upgrade ingredient die. Dari Bio-Essence Tanaka white to Bio-Essence Tanaka white double whitening. So..kesan whitening die double lah kan? Hurmm..

Nak review jap Bio-Essence Tanaka white double whitening  ni. Selain dari packaging dia different which is lagi exclusive,  side effect pun berbeza. Its better than 1st edition. Tapi price die pun  more expensive. Hurm...so..as usual, my advise nak beli Bio-Essence Tanaka white double whitening kene bijak, beli yang set punya. Set yang saya pernah nampak so far jual kat kedai (watson, guardian, jusco@eon, dan kebanyakan farmasi) ade 2je. 1 set harga RM135++ include facial foam,day cream dan serum. Another 1set tu pulak dalam RM39++ include facial foam dan toner. Kalau korang beli single product agak mahal lah. Tak silap untuk 4x flawless white serum price dalam RM80~RM90, facial foam dia dalam RM20++, toner pulak RM30++, day cream and night cream about RM60++ each.. Saya tak ingat exactly price la . So i just assume jer.

Pakai Bio-Essence Tanaka white double whitening memang double effect la.memang tak mengecewakan betul. Kulit lagi moist dan flawless kalau pakai serum dan day cream, tak payah pakai Foundation or BB cream or CC cream. Day cream ni function mcm foundation. Memang best!!

Cara penjagaan muka dengan Bio-Essence Tanaka white double whitening  ni sama je macam yang lama. Mulakan dengan cuci muka dengan facial foam, pastu sapukan toner kat muka (kadang-kadang pakai cotton, kadang-kadang pakai tangan je). Lepas tu, apply serum die, sikit jer.setitik dah cukup untuk satu muka. Sebab mahal, so kene jimat..hehehe... Then apply day cream yang macam foundation tu..lepastu barula pakai bedak dan lain-lain.
Kalau malam pulak lepas cuci muka, pakai toner dan apply night cream dan terus tidur. 
Picture atas tu dari kir BB cream loreal [tak berkenaan dengan entry,tp best pki BB cream die], spot cream untuk hilangkan parut, 4x flawless serum, toner, day cream dan night cream. Tp night cream tu saya pakai yang package lama. Picture bawah tu cleansing foam.

Korang akan dapat kulit yang flawless, putih, licin dan lembut la...hehehe..hope review saya ni berguna...

XOXO

Love,
Hanis

Monday, 15 July 2013

Oh My Gucci [OMG]

Salam Ramadhan kepada semua umat muslimin dan muslimat dimuka bumi Allah swt ni...

Hari Isnin yang blues ni saya nak cerita macam mane saya dapat mengecek handbag Gucci dari nenek ku :)

Al kisahnyer…semalam aku berbuka dekat kampung nenek aku kat Simpang Durian, Negeri Sembilan. Saje nak berbuka dengan nenek ku..ibu ajak balik kampung..after Isya’ prayer, aku dengan ringan mulut tanye la kat nenek aku. “Handbag Gucci yang nenek punye tu mane?” yela..normally aku nampak je handbag tu bergantung kat kepala katil die tanpa disentuh-sentuh..sakit je mata aku memandang. Nenek pun jawab “ade, nenek simpan. Nape? Ko nak ke?” OMG!!!! Soalan itu yang aku tunggu-tunggu selama ini..Sape tak nak kot handbag Gucci Authentic price RM XXXX.XX ….hahahaha
Aku pun dengan malu-malu jawabla “Mestila nak. Bole ke?” nenek aku tanpe belas kasian reply “nenek jual kat ko RM XXXX.XX [50% discount of brand new price die] “ aku dengan confident nyer balas “ tak yah la nek, 1 month salary orang kot” im not enough rich to beli handbag yang price menakotkan itu..then nenek aku agaknye tengok muke kesian aku pasrah lalu bercakap “xpela, amik je la..tapi jangan tunjuk kat pakcik ko, nanti die marah pulak nenek bagi kat orang” for your info, handbag tu pakcik aku belikan untuk nenek aku sebagai present. Tapi nenek aku macam tak pakai pulak. Hehehe. So dengan gembiranya aku pun merenbatlah handbag Gucci beliau. OMG..OMG…its Gucci…Rezeki bulan ramadhan. Hehehehe..
Nenek aku siap pesan..raya nanti duit raya lebih sikit untuk die…baiklah nenek…ape saje untuk mu…
Im happy until can't smile….hahahaha

Pape pun layan je la picture hangbag Gucci ni..Design agak oldies, tapi aku memang suka barang2 oldies ni..hangbag Burberry aku dulu pun design oldies.. I Love it damn much!!

My 1st Gucci...love it!!!

made in Italy..hohoho

made in italy as well

simple je dalam die..ade 1 compartment untuk isi 2 biji handphone. 

Pape pun diri ini sangat teruja..yuhhu!!!!!
 
XOXO

Love,
Hanis

Saturday, 6 April 2013

Port of Nagoya Public Aquarium

Salam dearest...
How your weekend?? mine was bored...just eat and sleep at home..
Hari ni I will upload my picture di Port of Nagoya Public Aquarium, Japan. last entry I ada post pasal nagoya castle japan . This time my next destination for Japan Trip is Port of Nagoya Public Aquarium!!! dah nama pun aquarium, mestila dipenuhi dengan hidupan laut sahaja..hidupan dua alam pun can include :)

Kalau korang nak tahu pasal 'Port of Nagoya Public Aquarium' korang boleh click link ni japan-guide sebab kat situ dorang bagi subway map nak ke sana. kalau korang faham boleh lah click here untuk more info. Actually senang je, turun kat station Nagoya port kuar dari station tu terus jumpe 'Port of Nagoya Public Aquarium'. Memang korang tak kan sesatla..I jamin 100%.

Nak cerita pasal 'Port of Nagoya Public Aquarium', ia sangat HUGE!!!!! very very HUGE...tapi rasa best sebab dapat visit disetiap inch tempat tu. ticket price 2000yen. memang worth it la. Actually ada combo package gak untuk masuk 'Port of Nagoya Public Aquarium' ni. First, u just can buy ticket for Aquarium entrance 2000yen. Second choice, if you interested dengan muzium kapal..you can add 700yen, untuk masuk both places. So, total harga tiket 2700yen. Tapi aku pilih masuk Aquarium jer..sebab lepas ni ade tempat lebih penting nak pergi..tak boleh spend masa lama sangat kat sini...tapi seriously, 'Port of Nagoya Public Aquarium' memang awesome!!!

Jom layan picture saya di 'Port of Nagoya Public Aquarium'. Banyak picturezz, yang ni selected picturez sahaja. Layanz yer..
Keluar jer subway terus nampak ni..memang susah nak sesat kan??
POYO...nak juga tu..apela nasib amik picture sendiri.huhuhu
Tempat nak beli souvenir kat sini...kilang udang...hahaha
Im melting with this ice cream shop. Tak berani singgah takot dia serve benda bukan-bukan.
Full view of 'Port of Nagoya Public Aquarium' huge right??
Muzium kapal i mentioned you earlier
Wajibla bergambar dengan Port of Nagoya Public Aquarium
Look at that!!Ferris wheel yang sangat besar..
Sebab tak masuk..so wajib ada picture dengan muzium kapal
Finally...I kat entrance Port of Nagoya Public Aquarium. cant wait!!!!lets go
Ticket price..Only 2000yen/pax. you can used it for whole day.
Inside Port of Nagoya Public Aquarium nampak tak dolphin 2 ekor tu??
cover with water...kanan kiri atas bawah
Nice shoot by me..Japanese couple.
Penguin show time!! First time see it in real.
Snowing...wink..wink..
Serius kagum dengan Dolphin performance...very genius!!!
Yeay...saya dalam TV Japan...korang mampu????
Dolphin show area!!
Take 5 lepas penat tawaf setengah Port of Nagoya Public Aquarium
Nemo stuck here...save them!!
can I take u home for sambal?? nyummy
Penguin in action
Baru tahu..banyak sangat type obor-obor yang cantik-cantik..kagum dengan ciptaan Allah SWT
Giant one...
shell penyu pun jadila kan...
Before balik..take picture kat entrance Port of Nagoya Public Aquarium
left right left right...mane ek?? tak tahu jalan balik pulak
SEE you soon Port of Nagoya Public Aquarium.

Next destination kemane kite???jom ke Aso kanno..Its shopping time!!

 Next destination is Aso Kanno...shopping time!!! wait ya..

X.O.X.O

love,
Hanis


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...